Kanak-Kanak Warga China Sembuh Dari Coronavirus Menjadi Kes Pertama Pulih Di Malaysia

Trending

Kanak-Kanak Warga China Sembuh Dari Coronavirus Menjadi Kes Pertama Pulih Di Malaysia

Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang disahkan positif coronavirus (2019-nCoV) sebelum ini, kini sudah pulih sepenuhnya seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kanak-kanak itu yang dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dibenarkan pulang.

Baca: Kementerian Kesihatan Sahkan Tiga Warga China Yang Memasuki Malaysia Positif Coronavirus

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memberitahu sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV. Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua (2) kali ini, telah didapati negatif.

Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

Pada 29 Januari lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai kes positif kanak-kanak itu, selain dua lagi individu yang juga dikesan positif pada hari yang sama. Buat masa ini, di Malaysia sebanyak 10 kes didapati idapati positif 2019-nCoV di negara ini, termasuk seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti wabak itu, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...