Kanak-Kanak Umur 15 Bulan Mangsa Simbahan Minyak Panas, Alami Kecacatan Kekal Di Mulut

Trending

Kanak-Kanak Umur 15 Bulan Mangsa Simbahan Minyak Panas, Alami Kecacatan Kekal Di Mulut

Ibu bapa kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan minyak panas meluahkan rasa sayu apabila mereka dimaklumkan bahawa anak mereka mengalami kecacatan kekal terutamanya di bahagian mulut.

Advertisement

Nur Arissa Jannah berusia 15 bulan, melecur teruk di bahagian muka, tangan, bahu dan lengan akibat insiden 14 November lalu, kini sedang dirawat di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohd Salim Nurali, 20, berkata, dia dan isteri terlalu merindui wajah comel dan keletah manja anaknya yang menghiburkan.

“Anak saya mengalami kecacatan kekal terutamanya di bahagian mulut akibat disimbah minyak panas. Namun bagi kami dia tetap comel. Walaupun wajah anak berubah, tetapi dia tetap comel di hati kami.

“Sebak terasa di hati setiap kali melihat tubuhnya terlantar di katil hospital,” katanya, lapor Harian Metro.

Nur Arissa Jannah menjadi mangsa dendam rakan sekerja bapanya di gerai Mohd Salim yang bekerja di Bukit Ampang, Selangor.

Mohd Salim berkata, dia bimbang mengenang masa depan anaknya yang mungkin terjejas disebabkan kecacatan yang dialami.

“Saya merayu kepada orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan anak.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0500341000025922 atas nama isteri, Nor Narissa Sofea,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...