Kanak-Kanak ‘Tabik Hormat’ Tanda Terima Kasih Pada Anggota Frontliner

Trending

Kanak-Kanak ‘Tabik Hormat’ Tanda Terima Kasih Pada Anggota Frontliner

Semua sedia maklum bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi membuat sekatan jalanraya bagi menghalang pergerakan rentas negeri selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa mulai semalam.

Berakhirnya sekatan jalanraya oleh pasukan keselamatan membuatkan ramai di antara kita amat menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga masyarakat bagi menghalang penyebaran wabak COVID-19 di di Malaysia.

Advertisement

Seorang kanak-kanak turut memberikan penghormatan kepada anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya terakhir di Plaza tol Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur, semalam.

Aksi yang mendapat perhatian ramai itu dikongsikan menerusi Group Facebook, RodongKoi yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak memberi tabik hormat kepada anggota polis yang sedang bertugas pada sekatan jalan raya sebagai tanda terima kasih.

“Penghargaan kepada front liner kita.”

Muat naik tersebut mendapat lebih daripada 200 perkongsian daripada netizen yang rata-rata tersentuh dengan gelagat kanak-kanak tersebut yang bijak menghargai pengorbanan pasukan frontliner sepanjang 3 bulan lalu dalam memastikan Malaysia terus selamat daripada wabak COVID-19.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...