Kanak-Kanak Setahun Maut Dipercayai Digigit Anjing Liar, Dijumpai 20 Meter Dari Rumah

Berita

Kanak-Kanak Setahun Maut Dipercayai Digigit Anjing Liar, Dijumpai 20 Meter Dari Rumah

Seorang kanak-kanak orang Asli berusia setahun tujuh bulan maut selepas dipercayai digigit anjing liar, lapor Berita Harian.

Kejadian itu berlaku pada 22 Julai di kawasan Kampung Orang Asli Sungai Buloh dan hanya disedari oleh ibu bapa mangsa kira-kira jam 8.15 pagi ketika pulang dari tempat kerja.

Advertisement

“Mereka mendapati pintu rumah terbuka sebelum menemui anak mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak kira-kira 20 meter dari kediaman,” kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad NorSumber : The Sun 

 

Ada kesan luka dan calar

Pasangan tersebut kemudian segera membawa mangsa ke Zon Merah Jabatan Kecemasan anak mereka Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dilaporkan tiba di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan, namun tiada tindak balas.

Pegawai perubatan kemudian mengesahkan kematian mangsa pada jam 9.14 pagi dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka dan calar pada beberapa bahagian badan mangsa termasuk di kepala.

Hospital Sungai BulohSumber : Malay Mail 

Mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Beberapa ekor anjing di keliling

Ujar Mohd Hafiz, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama bapa saudaranya kerana ibu bapanya keluar bekerja.

Mangsa dan bapa saudaranya tidur di ruang tamu rumah. Kehilangan mangsa hanya disedari selepas ibu bapanya pulang dan menjerit, lalu bapa saudaranya menyedari mangsa tiada di sebelahnya serta pintu rumah terbuka.

Berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, mayat anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikelilingi beberapa ekor anjing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bayi pramatang maut kanak-kanak main seperti anak patung
2025-07-21 11:18:07

Bayi Pramatang Maut Selepas Kanak-Kanak 6 Tahun 'Buat Main' Seperti Anak Patung - "Dia Berkeliaran Di Koridor Seorang Diri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...