Kanak-Kanak Perempuan Enam Tahun Meninggal Dunia Tersepit Di Celah Meja Lipat

Kehidupan

Kanak-Kanak Perempuan Enam Tahun Meninggal Dunia Tersepit Di Celah Meja Lipat

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun selepas tersepit besi sebuah meja lipat di sebuah kediaman di Taman Seri Putera, Nibong Tebal.

Mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah dikatakan sedang bermain sendirian di belakang rumah sewa keluarganya pada pukul 4.15 petang sebelum kejadian malang itu berlaku.

Advertisement

Ahli keluarganya kemudian berasa ada yang tidak kena apabila suara kanak-kanak itu langsung tidak didengari oleh mereka dan selepas memeriksa barulah mereka menyedari kejadian tersebut.

Ahli keluarga kemudian cuba mendapatkan bantuan daripada jiran untuk menghantar kanak-kanak itu ke hospital. Bagaimanapun, Nur Aqifah Humaira disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

kanak-kanak 6 tahun maut tersepit meja lipat

 

Anak bongsu suka main lasak, banyak kali larang

Sementara itu, ibu mangsa, Riana Fitriasih Kusnan, 38, berkata sebelum ini anak bongsunya itu pernah dilarang atau dimarahi berkali-kali agar tidak bermain dengan lasak namun tetap berbuat sedemikian.

Ceritanya, ketika kejadian itu berlaku dia dan dua lagi anaknya berada di dalam rumah dan mangsa bermain di bahagian belakang rumah tersebut.

Dia kemudian dikejutkan dengan jeritan anak sulungnya yang menemui Nur Afiqah dalam keadaan tidak sedar diri dan tersepit di celah besi meja lipat.

Nur Afiqah memang agak lasak berbanding adik-beradiknya yang lain, dia suka main hingga bahayakan diri. Walaupun beratus kali dilarang tapi dia tetap mahu mencuba sehingga kejadian yang berlaku meragut nyawanya sendiri.

ibu mangsa tersepit meja lipat

Riana yang bekerja sebagai tukang cuci rumah sambilan itu sudah kematian suami dan dia serta tiga anaknya tinggal di rumah sewa tersebut.

Ujarnya, dia tidak pernah meninggalkan anak bongsunya itu sendiri kerana takut sesuatu yang buruk menimpa disebabkan tindakan yang suka mencuba sesuatu yang ekstrem namun mereka reda dengan pemergian Nur Afiqah.

Dalam pada itu, pihak forensik dan pegawai penyiasat telah melakukan siasatan di lokasi dan jenazah Nur Afiqah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Mahat selepas selesai proses bedah siasat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Bayi Usia 19 Hari Maut & Kakak 9 Tahun Koma Akibat Kemalangan, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...