Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Mati Dibunuh Ditemui Di Terengganu

Trending

Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Mati Dibunuh Ditemui Di Terengganu

Semalam, negara telah digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan oleh seorang pengawal keselamatan di Paka, Terengganu. Pada masa itu, pengawal keselamatan tersebut sedang melakukan rondaan di sebuah taman perumahan yang baru siap apabila terhidu bau busuk.

Apabila disiasat, bau busuk tersebut datang dari mayat seorang kanak-kanak yang mati dibunuh. Kanak-kanak itu ditemui tanpa seluar dan berlumuran darah. Pengawal keselamatan itu kemudiannya membuat laporan kepada majikannya, dan seterusnya membuat laporan polis.

Advertisement

Menurut sumber tidak rasmi, mayat kanak-kanak tersebut ialah kanak-kanak yang sama dilaporkan hilang oleh ibunya beberapa hari lepas sewaktu ditinggalkan dengan kereta tidak dikunci oleh ibunya di hadapan sebuah restoran ikan bakar.

Kanak-kanak tersebut bernama Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah. Ibunya mendakwa ada menerima ugutan dari seorang lelaki bernama Arif yang mendakwa akan mengambil anaknya jika tidak membayar hutang. Namun apa yang sebenarnya telah berlaku tidak dapat dipastikan setakat ini.

Sumber: Dungun Fan Club

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...