Semalam, negara telah digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan oleh seorang pengawal keselamatan di Paka, Terengganu. Pada masa itu, pengawal keselamatan tersebut sedang melakukan rondaan di sebuah taman perumahan yang baru siap apabila terhidu bau busuk.
Kanak-kanak tersebut bernama Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah. Ibunya mendakwa ada menerima ugutan dari seorang lelaki bernama Arif yang mendakwa akan mengambil anaknya jika tidak membayar hutang. Namun apa yang sebenarnya telah berlaku tidak dapat dipastikan setakat ini.
Sumber: Dungun Fan Club