Kanak-Kanak Memberikan Penghargaan Kepada Barisan Hadapan Negara Menerusi Lukisan

COVID-19

Kanak-Kanak Memberikan Penghargaan Kepada Barisan Hadapan Negara Menerusi Lukisan

Seluruh Malaysia sangat berterima kasih kepada barisan hadapan negara yang bekerja tanpa mengenal lelah siang dan malam. Setiap hari, mereka meninggalkan orang tersayang di rumah dan mempertaruhkan kesihatan sendiri bagi memastikan Malaysia bebas daripada COVID-19.

Kanak-kanak juga turut menzahirkan penghargaan mereka kepada barisan hadapan melalui lukisan mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam satu tweetnya, berkongsi kiriman adik Vadivelan Jeevah berusia 9 tahun dari SKJT (T) Ladang Highlands Klang yang membuat buku skrap mengenai COVID-19, dengan maklumat berguna mengenai virus itu dan cara mencegahnya.

Advertisement

 

KKM turut berkongsi karya adik Areeq Aysar Azizul Akhbar bersama adiknya dan mengucapkan terima kasih atas ingatan yang dikirimkan.

Salah satu gambar menunjukkan seorang pahlawan yang memerangi virus COVID-19, serta beberapa perkara penting untuk menyingkirkan virus itu seperti penutup muka, sarung tangan dan pembersih tangan.

Gambar kedua pula ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr. Noor Hisham, dikelilingi oleh doktor, jururawat, polis, dan askar dengan tajuk ‘You Are Our Heroes’.

Seorang guru turut berkongsi hasil lukisan pelajar-pelajarnya.

Pelajar 6 Rajin dari SK Bandar Baru Sungai Buloh juga membuat poster mengenai kesedaran tentang COVID-19. Guru mereka, Cikgu Yusliza menyatakan ini adalah usaha pelajarnya bagi menunjukkan penghargaan kepada mereka yang sedang berjuang untuk negara.

Pastinya lukisan-lukisan daripada adik-adik ini mampu memberikan keceriaan serta semangat kepada barisan hadapan negara untuk terus berjuang membanteras penularan COVID-19. 

Bagi kita pula rakyat Malaysia, bersama-samalah mematuhi arahan untuk terus duduk di rumah supaya matlamat ini tercapai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...