Seluruh Malaysia sangat berterima kasih kepada barisan hadapan negara yang bekerja tanpa mengenal lelah siang dan malam. Setiap hari, mereka meninggalkan orang tersayang di rumah dan mempertaruhkan kesihatan sendiri bagi memastikan Malaysia bebas daripada COVID-19.
Kanak-kanak juga turut menzahirkan penghargaan mereka kepada barisan hadapan melalui lukisan mereka.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam satu tweetnya, berkongsi kiriman adik Vadivelan Jeevah berusia 9 tahun dari SKJT (T) Ladang Highlands Klang yang membuat buku skrap mengenai COVID-19, dengan maklumat berguna mengenai virus itu dan cara mencegahnya.
Thank you to Vadivelan Jeevah, 9 years old, from SKJT (T) Ladang Highlands Klang who made this wonderful scrapbook on #COVID19. #StayHome #MalaysiaBebasCovid19 pic.twitter.com/uywPcKTbj5
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 21, 2020
KKM turut berkongsi karya adik Areeq Aysar Azizul Akhbar bersama adiknya dan mengucapkan terima kasih atas ingatan yang dikirimkan.
Terima kasih kepada adik Areeq Aysar Bin Azizul Akhbar, pelajar
Tahun 4, SK Taman Melawati 2 yang telah mengirimkan lukisan beliau bertajuk “You Are Our Heroes” dan lukisan adiknya “Lets Fight Covid”.#COVID?19 #Frontliners #KitaTeguhKitaMenang #KitaJagaKita pic.twitter.com/r5ttXDZ126— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 20, 2020
Salah satu gambar menunjukkan seorang pahlawan yang memerangi virus COVID-19, serta beberapa perkara penting untuk menyingkirkan virus itu seperti penutup muka, sarung tangan dan pembersih tangan.
Gambar kedua pula ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr. Noor Hisham, dikelilingi oleh doktor, jururawat, polis, dan askar dengan tajuk ‘You Are Our Heroes’.
Seorang guru turut berkongsi hasil lukisan pelajar-pelajarnya.
Pelajar 6 Rajin dari SK Bandar Baru Sungai Buloh juga membuat poster mengenai kesedaran tentang COVID-19. Guru mereka, Cikgu Yusliza menyatakan ini adalah usaha pelajarnya bagi menunjukkan penghargaan kepada mereka yang sedang berjuang untuk negara.
Terima kasih kepada Cikgu Yusliza dan kelas 6 Rajin, SK Bandar Baru Sg Buloh untuk poster yang dihasilkan semasa pembelajaran secara atas talian (online lesson) mereka untuk menyokong usaha kerajaan dalam memerangi #COVID19.#StrongerTogether #BreakTheChain #KitaMestiMenang pic.twitter.com/2uCnRSXWTw
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 17, 2020
Pastinya lukisan-lukisan daripada adik-adik ini mampu memberikan keceriaan serta semangat kepada barisan hadapan negara untuk terus berjuang membanteras penularan COVID-19.
Bagi kita pula rakyat Malaysia, bersama-samalah mematuhi arahan untuk terus duduk di rumah supaya matlamat ini tercapai.