Kanak-kanak Lima Tahun Naik Bas Sendiri Untuk Cari Ibu Yang Hilang Semasa Membeli Belah

Trending

Kanak-kanak Lima Tahun Naik Bas Sendiri Untuk Cari Ibu Yang Hilang Semasa Membeli Belah

Semalam, Harian Metro melaporkan tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah cuba menaiki bas seorang diri di pusat beli belah Kota Raya, Kuala Lumpur setelah hilang ketika keluar bersama ibunya.

Kanak-kanak itu dikatakan keluar bersama ibunya pada pukul 11.30 pagi.

Dia menaiki bas bersendirian dan tindakannya menyebabkan seorang wanita berasa pelik, dan wanita itu kemudiannya membawa kanak-kanak itu ]ke Balai Polis Tun HS Lee bagi tujuan keselamatan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan berkata kanak-kanak itu telah dijumpai oleh ibunya.

Beliau berkata, ibu mangsa telah tampil ke balai polis dua jam selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang dan memberitahu kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat.

Untuk ibu tersebut, mungkin sudah tiba masanya anda menggunakan tali keselamatan anak?

Atau mungkin juga pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang ke atas ibu bapa yang cuai dan mungkin menyebabkan kemudaratan kepada anak akibat kecuaian tersebut?

Laporan asal: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...