Kanak-kanak Lima Tahun Kehilangan Semua Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Ngeri

Trending

Kanak-kanak Lima Tahun Kehilangan Semua Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Ngeri

Seorang kanak-kanak lima tahun terselamat dalam satu kemalangan ngeri di kilomemeter ke 405 di Lebuh Raya Utara Selatan tetapi kini yatim piatu.

13627161_1271391242885711_6690489963446986353_nAhmad Faqih Nazmi Ahmad Faizal (kanan sekali-gambar) tercampak keluar dari kereta Honda Stream milik keluarga dalam kemalangan yang meragut nyawa bapa, ibu, kakak dan adik lelakinya semasa perjalanan pulang dari percutian di Taiping.

Advertisement

Polis Marin  Kpl Ahmad Faizal Abdul Rahim, 33, hilang kawalan kenderaan yang dipandunya dan merempuh pembahagi jalan berdekatan satu selekoh tajam antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin pada pukul 1.00 pagi semalam.

Impak rempuhan menyebabkan kelima-lima mangsa dalam kenderaan tercampak keluar.

13239180_1238390916185744_6376285720761893220_nSebuah Nissan Frontier tidak sempat berhenti dan telah menggilis Ahmad Faisal dan isterinya, Noor Fazilah Mat Zani, 33. Ia juga kemudiannya merempuh Honda mereka.

Dua lagi anak pasangan itu, Nur Aimi Nadirah, 8, dan Ahmad Fakhri Naim, 3, meninggal dunia bersebelahan masing-masing.

Ahmad Faqih Nazmi, yang tercampak paling jauh ke laluan bertentangan, cedera ringan dan telah diselamatkan oleh orang yang lalu-lalang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata sebuah Proton Suprima yang bergerak dari arah selatan terbalik beberapa kali setelah cuba untuk mengelak dari merempuh dua kenderaan sebelumnya manakala sebuah Perodua Axia telah merempuh Frontier.

Pemandu Frontier dan dua penumpang Axia cedera dan menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Baru.

Ahmad Faqih Nazmi, patah tangan dan cedera di kepala telah dipindahkan ke Hospital Taiping, kata Supt Supramaniam.

Di bilik mayat Hospital Kuala Kubu Baru, adik bongsu Noor Fazilah memberitahu Ahmad Faqih Nazmi dan Ahmad Fahkri Naim tidak mahu pulang, dan asalnya mahu terus bercuti di rumah datuk dan nenek mereka di Taiping sehingga 31 Ogos. Kata adik Noor Fazilah yang hanya mahu dikenali sebagai Farina, 20:

14141907_298057170560515_5198902583444329295_n

Dua beradik itu tidak mahu balik ke Melaka. Mereka mahu tinggal dengan kami di Taman Kaya sehingga habis cuti.

Noor Fazilah ialah kakak sulung kami dan dia tulang belakang keluarga. Kami rasa sangat kehilangan dan sedih.

Keluarga itu menghabiskan cuti hujung minggu di Taiping setelah menghantar ibu Ahmad Faizal ke rumahnya di Pokok Assam.

Kakak Ahmad Faizal, Habsah Abdul Rahim, 48, memberitahu yang adiknya itu seorang yang kelakar dan sangat berdedikasi pada kerjayanya.

Tambahnya, keluarga adiknya sedang dalam perjalanan ke Melaka kerana Ahmad Faizal sepatutnya melapor diri untuk bertugas di Bandar Hilir semalam.

Sumber: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.