Kanak-kanak Lelaki Enam Tahun Didera Sampai Mati Oleh Ibu

Trending

Kanak-kanak Lelaki Enam Tahun Didera Sampai Mati Oleh Ibu

Polis telah menahan seorang pemandu teksi dan isterinya berhubung kematian anak lelaki isterinya yang berusia enam tahun, dipercayai didera.

Asisten Komisioner Kanan Datuk Mohd Adnan Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata lelaki berusia 35 tahun itu yang merupakan bapa tiri mangsa, ditahan bersama isterinya pada pukul 5.30 petang di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, Ampang.

Advertisement

dera

Adnan menambah bahawa budak lelaki itu dihantar ke Hospital Ampang setelah lelaki itu diberitahu isterinya yang berusia 31 tahun yang budak itu tidak sedarkan diri pada pukul 1.00 petang Isnin.

Doktor di hospital itu mengesahkan yang budak itu telah meninggal dunia, dan terdapat kesan kecederaan di badan, tangan dan kakinya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Pasangan itu ditahan selama seminggu untuk membantu penyiasatan.

Adalah didapati bahawa budak itu mempunyai kesan melecur teruk sebanyak 33.5 % pada wajah dan badannya dipercayai akibat disimbah air mendidih.

Apaila ditemui di Hospital Kuala Lumpur, bapa kandung mangsa kelihatan murung dan masih dalam keadaan terkejut. Menurutnya, dia dan bekas isterinya bercerai pada tahun 2009 dan sejak itu dia tidak pernah menemui anaknya.

Dia menambah yang dia tidak tahu bekas isterinya telah berkahwin lain, dan diberitahu yang mangsa telah meninggal dunia pada pukul 3.00 petang oleh bekas isterinya.

Mangsa ialah anak keempat dari lima adik beradik.

Laporan asal: The Star dan Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...