Kanak-Kanak Lelaki 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 35 Kondominium Di Ampang

Berita

Kanak-Kanak Lelaki 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 35 Kondominium Di Ampang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan telah terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana, semalam.

Lapor Sinar Harian, mangsa yang merupakan warga Indonesia telah dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak yang memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima panggilan daripada pengawal keselamatan kondominium terbabit kira-kira jam 2.20 petang.

Difahamkan, ibu mangsa yang berusia 36 tahun telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur di ruang rumah tamu rumah sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.

Semasa berada di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di kawasan tingkat bawah dan mendapati mangsa adalah anaknya.

Kata Farouk, mangsa dipercayai telah bangun dari tidur dan membuka ‘sliding door’ sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni.

Mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk urusan bedah siasat.

tersangkut rim motosikal
2 years ago

Tangan Kiri Hancur & Hampir Terputus, Punca Jaket Dipakai Tersangkut Pada Rim Motosikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...