Kanak-kanak Lapan Tahun Diejek Kafir Oleh Rakan Sekelas Kerana Tidak Bertudung

Trending

Kanak-kanak Lapan Tahun Diejek Kafir Oleh Rakan Sekelas Kerana Tidak Bertudung

Seorang pengguna Twitter telah menceritakan satu kisah mengenai adik perempuannya yang berusia lapan tahun diejek ‘kafir’ oleh rakan sekelas hanya kerana tidak bertudung.
kafirPengguna yang menggunakan tweethandle @aaainiiin itu menceritakan ada sesuatu yang berbeza dengan perangai adiknya itu setelah pulang dari sekolah pada suatu hari. Ikuti kisahnya:

Advertisement

Semalam apabila adik perempuan saya sampai ke rumah dari sekolah anginnya tak baik. Dia tidak mahu makan, dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa termasuk Miko (beruang Teddy miliknya).

Malah dia tak mahu mandi, tetapi mandi juga kerana bapa paksa dia mandi dan apabila ibu ajak dia makan dia tak mahu, katanya tiada selera.

Dia terus duduk di biliknya buat hal sendiri, kemas buku, siapkan kerja rumah dan semua tetapi seharian tidak mahu bercakap dengan kami semua. Dia layan nak tak nak saja.

Malah dia tidak mahu bercakap dengan saya, sesuatu yang mengejutkan kerana dia selalunya beritahu apa saja yang dibuatnya di sekolah termasuk sekecil-kecil perkara.

Contohnya seekor belalang mati dipijak kawannya dan bagaimana dia benci kawannya itu kerana bunuh belalang itu dan blablabla dia tidak berhenti bercakap.

Tetapi semalam sangat berbeza kerana dia sangat senyap jadi ibu bapa saya dan saya bersemuka dengannya dan tanya mengapa dia tidak mahu bercakap dengan kami.

Kemudian tangisannya berjujuran seperti air terjun Niagara dan dia menangis sehingga tersedu-sedan. Malah dia tidak dapat bercakap dengan jelas. Kami sungguh terkejut, panik dan takut.

Apabila akhirnya dia berhenti menangis dia hanya beritahu kami apa yang telah berlaku di sekolah yang menyebabkan dia berkelakuan begitu.

Rupanya rakan sekelasnya memanggil dia kafir dan tak ada agama dalam kelas kerana dia tidak memakai tudung seperti mereka dan kerana dia pendiam sedikit.

Kawannya berkata, “”kenapa kau tak pakai tudung ha orang kafir? Kau tak ada agama ke dan berterusan mengejeknya, “kafir! Kafir! Kafir! Kafir!”

Jadi sudah tentulah adik saya marah dan dia tanya balik, “kenapa kau cakap aku kafir? Aku orang Islamlah.”

Kawannya balas, “sebab ayah aku cakap orang kafir saja tak pakai tudung. Ini orang Islam pakai tudung.”

Adik saya marah dan tinggalkan mereka di situ.

Maaflah tapi adik saya baru berusia lapan tahun. Ia sangat menyedihkan untuk menyaksikan kanak-kanak seusianya bersedih untuk sesuatu yang belum dia fahami dengan sepenuhnya.

Dan apa yang lebih menyedihkan ialah ibu bapa kawan-kawannya memberi persepsi yang salah tentang pemakaian tudung dan sesuka hati saja ajar anak-anak mereka jadi seperti itu. Di manakah kebijaksanaan kamu sebagai ibu bapa?

Dia baru berusia lapan tahun dan dia telah khatam Al-Quran sekali, malah sedang berusaha untuk menghafal surah Yasin. Saya pasti pencapaiannya lebih baik dari anak-anak perempuan kamu.

Pakai tudung atau tidak pakai, tidak membuat seseorang jadi kafir. Tolong ajar anak kamu perkara sebenar, jangan sekadar cakap perkara teruk tentang itu.

Dia masih belum boleh pakai tudung kerana dia ada masalah ruam di leher jika suhu panas. Dia tak tahan dan dia baru berumur lapan tahun.

Saya merayu agar kamu semua ajar anak-anak perkara yang betul. Jangan labelkan orang lain kafir sebegitu mudah hanya kerana tidak bertudung. Itu salah, okay?

Dr. Maza pernah menulis:

Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sanggupkah anda mengajar anak anda dengan ideologi seperti ini yang mendatangkan dosa kepada anda kerana mendidiknya dengan salah? Pilihan di tangan anda.-amazingnara.com

Sumber: Aaainiinn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.