Kanak-Kanak Ini Berjaya Beli Bangunan Bernilai RM33 Juta Hasil Daripada Video Youtube

Kehidupan

Kanak-Kanak Ini Berjaya Beli Bangunan Bernilai RM33 Juta Hasil Daripada Video Youtube

Siapa sangka dengan hanya membuat video di Youtube boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan? Zaman sekarang ni semua orang nak jadi Youtuber, iya lah bukan saja boleh jadi terkenal tapi boleh jana pendapatan juga pada masa yang sama.

Seorang kanak-kanak dari Korea Selatan ini punya kisah yang luar biasa. Luarannya nampak sama saja seperti kanak-kanak lain tetapi siapa sangka dia sebenarnya sangat terkenal di Youtube.

Advertisement

Boram yang mempunyai dua channel di Youtube iaitu Boram Tube Vlog dengan seramai 17 juta subscribers dan Boram Tube Toys Review dengan 13 juta subsribers. Jumlah tontonan videonya sahaja mencapai 300 juta views!

Hasil daripada video yang dimuat naik di Youtube, Boram telah membeli bangunan lima tingkat yang berharga $8.06 juta (RM 33 juta) di Cheongdam-dong, Gangnam. Antara hartanah yang termahal di Korea Selatan.

Setiap video yang dimuatnaik pastinya akan mendapat jumlah tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat. Video yang dilakukan pula berkisahkan tentang kehidupannya sebagai kanak-kanak dan review mengenai mainan sahaja.

Menurut Korea Held, dua saluran Youtube ini adalah pemegang bahagian terbesar dalam keuntungan pemasaran di kalangan Youtube di Korea. Kalau di Korea memang terkenal lah Boram ni dalam kalangan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, keuntungan yang dimiliki pula dijangkakan sebanyak $3.1 juta setiap bulan!

Dahsyat betul kanak-kanak ini. Hanya daripada idea kreatif macam ni sahaja dah boleh hasilkan pendapatan lumayan. Tapi kalau tonton video nya memang menarik pun. Patut lah ramai kanak-kanak yang suka.

Sumber: Korea Herald

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...