Siapa sangka dengan hanya membuat video di Youtube boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan? Zaman sekarang ni semua orang nak jadi Youtuber, iya lah bukan saja boleh jadi terkenal tapi boleh jana pendapatan juga pada masa yang sama.
Seorang kanak-kanak dari Korea Selatan ini punya kisah yang luar biasa. Luarannya nampak sama saja seperti kanak-kanak lain tetapi siapa sangka dia sebenarnya sangat terkenal di Youtube.
Hasil daripada video yang dimuat naik di Youtube, Boram telah membeli bangunan lima tingkat yang berharga $8.06 juta (RM 33 juta) di Cheongdam-dong, Gangnam. Antara hartanah yang termahal di Korea Selatan.
Setiap video yang dimuatnaik pastinya akan mendapat jumlah tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat. Video yang dilakukan pula berkisahkan tentang kehidupannya sebagai kanak-kanak dan review mengenai mainan sahaja.
Bukan itu sahaja, keuntungan yang dimiliki pula dijangkakan sebanyak $3.1 juta setiap bulan!
Sumber: Korea Herald