Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Jatuh Di Rumah Pengasuh

Berita

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Jatuh Di Rumah Pengasuh

Memetik Sinar Harian, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat terjatuh di lantai rumah pengasuhnya di Ipoh, Perak.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris di mana dia memaklumkan pihak mereka ada menerima laporan daripada ayah mangsa pada Isnin.

Advertisement

budak dua tahun maut jatuh rumah pengasuh

Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.

Pada Selasa sekitar jam 11.10 malam, pihak polis telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

Siasatan masih diteruskan dengan merakam keterangan percakapan saksi-saksi terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kanak kanak hilang ditemui, salah turun lif
3 months ago

Hilang Hampir 3 Jam, Kanak-Kanak Perempuan Rupanya Tersalah Turun Lif Ketika Pulang Mengaji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...