Kanak-kanak Dibuang Ibu Ke Rumah Kebajikan Kerana Suami Baru Tidak Mahu Jadi Bapanya

Kehidupan

Kanak-kanak Dibuang Ibu Ke Rumah Kebajikan Kerana Suami Baru Tidak Mahu Jadi Bapanya

Di Thailand, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditinggalkan di hadapan pintu sebuah rumah kebajikan oleh ibunya sendiri setelah suami barunya enggan menerima kanak-kanak itu sebagai anak tiri.

Advertisement

Kisah itu diceritakan oleh Ake Srisuwan di Facebook. 

Menurut Ake, pada 3.45 petang, 12 Januari 2020, seorang pekerja sosial telah membuat laporan polis.

Leftenan Kolonel Thawatchai Nanthaphan dari Balai Polis Lopburi berkata, terdapat seorang wanita yang memakai topi keledar dan menunggang motosikal yang menekan loceng Rumah Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak Lopburi yang terletak di Daerah Mueang, Wilayah Lopburi.

Apabila staf membuka pintu, seorang kanak-kanak perempuan melangkah masuk bersama beg plastik berisi pakaian dan sehelai surat.

Dalam surat itu tertulis:

Saya ingin meminta jasa baik Krisana Chomprasert atau GSB untuk menjaga anak ini secara kekal. Ini kerana saya tidak dapat jaga anak ini dan memberinya masa depan yang baik kerana kemiskinan.

Saya ada keluarga baru dan suami saya yang baru tidak mahukan anak ini dan tidak menerima anak ini sebagai anaknya.

Maaf terpaksa buat begini dan inilah yang terbaik.

Di penghujung suratnya dia menulis:

Ibu mana tak sayangkan anak, tapi ibu juga ada keperluan.

Terdapat kesan birat dan lebam di seluruh badan kanak-kanak itu menandakan dia telah didera.

Setelah keterangannya dirakamkan polis, pekerja sosial itu terus membawa kanak-kanak itu ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

Status Ake kini telah dikongsikan lebih 14,000 kali dan mengundang kemarahan warganet. Ramai tidak percaya bagaimana seorang ibu tergamak meninggalkan anak kandung begitu saja demi seorang lelaki.

Apa pun, polis Lopburi kini sedang menyiasat kes tersebut. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...