Kanak-Kanak Di AS Diserang Penyakit Misteri, Pakar Percaya Virus Ini Ada Kaitan Dengan COVID-19

COVID-19

Kanak-Kanak Di AS Diserang Penyakit Misteri, Pakar Percaya Virus Ini Ada Kaitan Dengan COVID-19

Belum habis dengan masalah COVID-19, kini penyakit misteri lain pula muncul di Amerika Syarikat (AS). Terkini, dilaporkan seramai lima belas orang kanak-kanak berusia antara 2 dan 15 tahun telah dimasukkan ke hospital di New York City sehingga 1 Mei lalu. Kesemua mereka mempunyai sindrom misteri yang belum difahami sepenuhnya oleh doktor.

Untuk makluman, kebanyakan daripada  kanak-kanak tersebut pernah dijangkiti COVID-19 sebelumnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu telah mengalami gejala yang sama seperti keracunan atau sindrom Kawasaki, iaitu penyakit serius yang turut boleh menjejaskan sistem organ manusia.

Advertisement

Untuk pengetahuan, Kawasaki adalah penyakit yang boleh dijangkiti boleh individu yang berumur 21 tahun ke bawah sehingga menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam, ruam, sakit perut, muntah, cirit-birit, dan masalah pernafasan.

new york city

Walau bagaimanapun, spektrum penyakit ini masih belum diketahui sepenuhnya memandangkan semua kanak-kanak yang terlibat tidak menunjukkan gejala yang sama.

Seorang pakar pediatrik Dyan Hes, di New York City percaya bahawa penyakit Kawasaki mempunyai hubungkait dengan COVID-19. Ianya menjadi perkara biasa bagi kanak-kanak untuk menghidap Kawasaki setelah mengalami selesema yang disebabkan oleh pandemik tersebut.

Oleh itu, diagnosis dan rawatan awal pesakit yang memenuhi kriteria untuk penyakit Kawasaki sangat diperlukan ketika ini. Ini adalah untuk mencegah kerosakan organ akhir dan komplikasi jangka masa panjang.

“COVID-19 kini menjadi sangat bahaya kepada kanak-kanak dengan munculnya penyakit Kawasaki.” menurut Dyan Haes.

Lima belas kanak-kanak itu telah dimasukkan ke unit perawatan intensif pediatrik dan separuh dari mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...