Kanak-Kanak Cedera Di Muka Dan Kepala, Dicakar Kucing Di Luar Rumah

Trending

Kanak-Kanak Cedera Di Muka Dan Kepala, Dicakar Kucing Di Luar Rumah

sd

Seorang ibu melalui laman facebooknya bernama Noora Rakeb telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan anaknya telah mengalami kecederaan selepas diserang oleh seekor kucing dipercayai kucing liar di luar rumah mereka.
“Mengalir air mata ummi bila tengok keadaan Irfan macam ni. Bercelaru fikiran, macam mana boleh terjadi begini?” rintih ibu berkenaan melihatkan keadaan luka anak kesayangannya di kepala dan muka.

Advertisement

Menurut puan Noora, ketika kejadian anaknya itu bermain diluar rumah dan hendak membeli ais krim sebelum kucing berkenaan melompat kearahnya dan mencakar.

“Irfan sedang bermain di luar rumah, waktu hendak beli ais krim di rumah jiran, tiba-tiba kucing itu melompat terus ke arah Irfan dan mencakar.”

“Dah bawa Irfan ke klinik untuk jahit dan diberikan suntikan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan kuman, kucing liarkan, saya dah cari kucing itu tetapi entah dah lari kemana, geram.. tengok irfan sedih rasa hati seorang ibu,” katanya.

2

3

4

5

7

8

9

10

11
Status itu telah mendapat perhatian netizen di mana ramai yang mendoakan Irfan cepat sembuh, ada juga antara mereka yang merupakan pencinta kucing meminta puan Noora tidak menyalahkan kucing berkenaan sebaliknya tuan kucing.

Ini kerana hashtag puan Noora yang berbunyi..

?#?kluummijumpalerkucingtuummisimbahairpanas?, sedikit menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pencinta kucing namun admin yakin perkataan itu ditulis oleh beliau ketika sedang marah dan beliau tidak bermaksudkan sedemikian kini.

Pada pendapat admin, kucing tidak akan sesuka hati menyerang manusia kecuali rasa diancam atau manusia mengusik kucing dikala mood kucing tu sendiri tak elok waktu tu. Nak salahkan kucing pun tak boleh sebab kucing tidak berakal dan tak tahu apa dia buat.

Pengajarannya, jika kucing sedang bergaduh atau kucing tengah mood tak elok, janganlah diganggu. Kelak merana diri sendiri.

Apa-apa pun semoga adik ni cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...