“Kanak-Kanak Boleh Kembali Tenang, Momo Telah Mati Dan Tidak Lagi Wujud”-Pencipta Patung Momo

Trending

“Kanak-Kanak Boleh Kembali Tenang, Momo Telah Mati Dan Tidak Lagi Wujud”-Pencipta Patung Momo

Cabaran Momo atau ‘Momo Challenge’ merupakan permainan yang sangat berbahaya terutamanya untuk golongan kanak-kanak.

momo

Advertisement

Dalam permainan tersebut, kanak-kanak dicabar untuk berkomunikasi dengan nombor yang tidak dikenali dan mengambil bahagian yang berisiko.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu ibarat mimpi ngeri buat kanak-kanak.

Namun baru-baru ini, pencipta anak patung Momo telah membuat kenyataan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi kerana penciptaan yang mengerikan itu telah pergi.

Bercakap dari kilangnya di Tokyo, Jepun, Keisuke Aiso berusia 43 tahun memberitahu bahawa Momo sudah mati.

“Ia tidak wujud lagi, ia tidak dibuat untuk bertahan. Ia telah pergi dan saya telah melemparkannya jauh.

“Kanak-kanak boleh kembali tenang, Momo telah mati. Dia tidak lagi wujud dan sumpahannya telah hilang,” katanya.

momo

Lebih dikenali sebagai ‘Mother Bird’, ia dibuat pada 2016 dan dipamerkan di sebuah galeri seni di Tokyo.

Terdapat beberapa laporan mengenai kanak-kanak yang terbabit dengan cubaan mencederakan diri, malah menggalakkan mereka membunuh diri.

Sumber Berita: Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...