Kanak-Kanak Berusia Empat Tahun Maut Selepas Termakan Ubat Darah Tinggi Yang Disangka “Gula-Gula”

Trending

Kanak-Kanak Berusia Empat Tahun Maut Selepas Termakan Ubat Darah Tinggi Yang Disangka “Gula-Gula”

Seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun maut selepas termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang dalam kejadian kelmarin.

Advertisement

Menurut Sinar Online, mangsa yang dikenali sebagai Lee meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah lebih kurang jam 1 petang tadi selepas mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat tersebut.

Sumber Sinar Online berkata, mangsa sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkakan gula-gula.

Menurutnya lagi, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami munta yang luar biasa.

Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.

Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.

“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.

Sumber: Sinar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...