Apabila nafsu menguasai diri, padah menimpa. Namun, lebih malang apabila seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dicampak dari kediamannya di Danau Kota sebentar tadi.
Menurut laporan, kanak-kanak tersebut di campak dari tingkat 4 di sebuah rumah pangsa yang terletak di Danau Kota.
Setelah menerima laporan dan panggilan pada jam 8 pagi tadi, siasatan mendapati bahawa suspek, seorang warga Nigeria berusia 42 tahun yang mencampak mangsa telah mencuba merogol salah seorang anak tirinya yang berusia dalam lingkukangan 19-29 tahun.
Setelah dihalang, isteri dan anak-anak tiri suspek cuba menyelamatkan diri dan keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan jiran dan pihak keselamatan.
Dalam kemelut mangsa menjerit dan meminta tolong, suspek telah mengangkat mangsa dan membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya sehingga jatuh ke bawah.
Suspek yang cuba melarikan diri cedera dan telah ditahan pihak polis dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber Gambar : TV3