Gara-Gara Obses Dengan Adegan Filem, Kanak-Kanak Bakar 13 Buah Rumah

Dunia

Gara-Gara Obses Dengan Adegan Filem, Kanak-Kanak Bakar 13 Buah Rumah

Seorang kanak-kanak di Jakarta telah menyebabkan 13 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan akibat terbakar gara-gara terpengaruh dengan aksi yang ditonton daripada sebuah filem.

Memetik laporan Kosmo! Online, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan kediaman di Sukabumi, wilayah Jawa Barat.

Advertisement

Ketua masyarakat setempat iaitu Ajis Muslim berkata, kebakaran bermula di sebuah tempat pembakaran sampah sebelum merebak ke rumah-rumah penduduk.

rumah ada kesan terbakar

gambar hiasan

Penduduk pada awalnya tidak menyedari bahawa kebakaran kecil sudah tercetus. Namun, selepas solat isyak, penduduk melihat ada rumah yang mula terbakar di sudut-sudut tertentu.

Tambahnya lagi, kebakaran yang pada awalnya hanya kecil akhirnya berlanjutan sehingga waktu subuh keesokan harinya sehingga menyebabkan 13 buah rumah terjejas.

Penduduk tidak mengetahui pelaku yang mencetuskan kebakaran dan polis tidak menemukan sebarang bukti seperti minyak petrol.

Walau bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, polis akhirnya menahan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang disyaki memulakan kebakaran itu.

kanak-kanak lelaki disoal siasat

gambar hiasan

Dia ditangkap ketika cuba memulakan kebakaran baru di rumah penduduk lalu dibawa ke balai polis.

 

Kanak-kanak itu mengaku dia bertindak demikian kerana obses dengan babak daripada filem yang sering ditonton di rumah.

Tambahnya lagi, kanak-kanak itu dibebaskan dan hasil rundingan penduduk, ibu bapanuya berjanji akan membayar ganti rugi kepada semua mangsa yang terjejas.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Gagal Dapat Pampasan Penuh, Lelaki Nekad Bunuh Majikan Sendiri
3 days ago

Gagal Dapat Pampasan Penuh, Lelaki Nekad Bunuh Majikan Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...