Semasa kanak-kanak, ramai antara kita merasa tertarik dengan kereta dan pastinya pernah berangan-angan untuk memandunya walaupun belum cukup umur. Ada yang secara curi-curi mencuba memandu sekiranya ternampak kunci kereta ibu bapa tertinggal di mana-mana.
Namun begitu, biasanya mereka tidak pandai mengawal kereta kerana tidak belajar dengan pengajar bertauliah.
Akibatnya mereka terlanggar kereta atau harta benda orang lain.
Itulah yang berlaku seperti diceritakan oleh seorang pengguna Twitter…
Ramai Netizen mempertanggungjawabkan ibu bapa kanak-kanak itu atas apa yang terjadi.
“Sila pantau anak anda!”
“Berani betul!”
Bila berlaku sebegini, pasti mengakibatkan kerosakan harta benda dan ibu bapa pula yang terpaksa menanggung ongkosnya.
Kalau ia dipandu oleh pemandu berdaftar bolehlah tuntut gantirugi insurans, tapi jika dipandu orang lain? Penulis tidak pasti, namun ini boleh dielakkan sekiranya kunci kerata tidak mudah diambil tanpa pengetahuan ibu bapa.
Di harap kita semua ambil pengajaran. – amazingnara.com