Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang Lepas Keluar Bermain

Trending

Kanak-Kanak 8 Tahun Hilang Lepas Keluar Bermain

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi pada Isnin petang.

Advertisement

Menurut Awani, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin.

Ibu mangsa Sainih Sunding, 46 tahun, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.

Saya sedar kehilangannya selepas dia tiada di tempat bermain dan sekitar kawasan sekitar rumah bila saya pulang ke rumah dari tempat kerja,” katanya yang bekerja sebagai pencuci.

Sainih berkata jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu.

Susulan itu, satu laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu dibuat di Balai Polis Bandar Seri Putra malam tadi.

Katanya Muhammad Zahiruddin kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru.

Saya amat bimbang dengan keselamatan anak saya kerana dia tidak pernah tidak pulang ke rumah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...