Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung & Kekasih Maut Akibat Pendarahan Dalam Kepala

Kehidupan

Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung & Kekasih Maut Akibat Pendarahan Dalam Kepala

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut akibat pendarahan dalam kepala selepas menjadi mangsa penderaan ibunya dan kekasih.

Kejadian berlaku di Taman Bukit Ampang, Ampang Jaya dan menurut laporan mangsa dipukul dengan objek keras dan tumpul berulang kali.

Advertisement

polis diraja malaysia

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa juga mengalami lebam pada bahagian muka, leher, tangan dan kaki mangsa.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, mengesahkan punca kematian adalah pendarahan dalam kepala.

Susulan itu, ibu kandung kanak-kanak tersebut dan teman lelakinya masing-masing berusia 25 dan 36 tahun telah ditahan pada jam 5.15 petang di Taman Bukit Ampang.

tangan suspek digari polis

Hasil ujian air kencing mendapati teman lelaki suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala ibu kandung mangsa negatif.

Semakan pihak polis turut mendapati suspek lelaki itu memunyai tiga rekod jenayah lampau manakala ibu mangsa tiada rekod.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

kanak kanak 6 tahun meningga tersepit besi meja lipat
1 week ago

Kanak-Kanak Perempuan Enam Tahun Meninggal Dunia Tersepit Di Celah Meja Lipat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...