Kegembiraan ketika menyambut ulangtahun adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua kanak-kanak tak kira walau dimana. Sudah terbayang kek yang cantik, majlis sambutan yang dihadiri ahli keluarga dan kawan rapat serta hadiah-hadiah menarik diberikan khas ketika menyambut ulangtahun.
Namun lain pula sambutan ulangtahun seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini apabila telah membuat semua orang berasa terharu dengan tindakanya. Kanak-kanak ini dengan rela hatinya berkongsi saat gembira menyambut hari jadinya dengan memberikan kek cawan kepada semua kakitangan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Kek cawan itu telah diserahkan beserta nota yang tertera nama Annabelle. Penerimaan kek cawan ini telah dikongsi di dalam laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Dear policemen, Today is my birthday. I am 7 years old. I would like to share my cupcakes with you and I would like to thank you for your service and keeping us safe.”
Bersama kek cawan tersebut, terdapat rakyat Malaysia yang juga bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan seperti’sanitizer’, topeng muka dan sarung tangan. Sumbangan ini dapat digunakan dengan sabaiknya untuk Ops Covid-19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah memasuki hari ke 5 pelaksanaan.
“Dear abang & akak polis, here are some sanitizers from fellow Malaysians who care and appreciate the work do you do to keep us safe”
Pihak polis TTDI merakamkan ucapan terima kasih atas ingatan dan sumbangan yang diberikan oleh penduduk berhampiran. Semoga dengan ini, usaha dan kerja keras setiap pihak mampu memerangi penularan wabak bahaya ini.