Kanak-Kanak 6 Tahun Muncul Hero Selamatkan Adik Dari Serangan Anjing Dan Terima 90 Jahitan

Trending

Kanak-Kanak 6 Tahun Muncul Hero Selamatkan Adik Dari Serangan Anjing Dan Terima 90 Jahitan

Pengorbanan yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki ini berjaya menerima perhatian ramai apabila sanggup meletakkan dirinya dalam bahaya demi keselamatan adik perempuannya. Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun ini mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan adiknya dari diserang oleh seekor anjing.

Malangnya, Bridger Walker menerima beberapa gigitan di bahagian muka dan kepalanya di dalam serangan itu. Dia kemudian berjaya menarik tangan adik perempuannya itu dan membawanya keluar daripada bahaya itu.

Advertisement

Serangan itu telah menyebabkan Bridger cedera di beberapa bahagian badan dan menerima 90 jahitan terutama di bahagian muka.

bridger walker

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak lelaki itu berkata sekiranya seseorang harus mati dalam serangan itu, dia menganggap dia adalah orangnya. Walaupun terlibat dalam insiden ngeri ini, Bridger dan keluarganya tidak menyalahkan anjing tersebut malah keluarga mereka mempunyai hubungan yang baik dengan pemiliknya.

bridger walker

Kejadian yang berlaku ini telah dikongsikan oleh ibu saudara Bridger dan tular dikongsikan di media sosial. Rata-ratanya terharu melihat pengorbanan Bridger dan menyifatkan keberaniannya itu setanding dengan hero dari filem Avengers.

Sehinggakan perkara ini turut mendapat perhatian daripada beberapa pelakon Avengers antaranya Chris Evans yang melakonkan watak Captain America serta Mark Ruffalo selaku pelakon bagi watak Hulk.

 

View this post on Instagram

 

There are no words. We are so, so thankful.

A post shared by Nikki Walker (@nicolenoelwalker) on

Netizen turut memberikan sokongan kepada kanak-kanak lelaki ini dengan menggunakan hashtag #BridgerStrong bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Bridger kerana sanggup menggadaikan nyawanya walaupun baru saja berusia 6 tahun.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...