Kanak-kanak 6 Tahun Meninggal Dunia Di Sarawak Disyaki Mangsa Dera

Trending

Kanak-kanak 6 Tahun Meninggal Dunia Di Sarawak Disyaki Mangsa Dera

Seorang kanak-kanak meninggal dunia di Hospital Simunjan pada pukul 9.45 malam Khamis lepas dipercayai akibat didera oleh seorang lelaki yang mempunyai pertalian keluarga dengannya.

603636_10152105877194998_8242518992815111462_n

Advertisement

Ellysha Natasha Mohd Sukri, 6, dihantar oleh ibu saudaranya untuk dijaga oleh bapa saudaranya sebelum kejadian berlaku sehari sebelumnya. Siasatan awal mendapati ada bekas gigitan pada tubuh kanak-kanak itu serta pendarahan di kemaluannya, menimbulkan syak bahawa kanak-kanak itu mungkin telah didera secara seksual.

Suspek yang berusia 46 tahun telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 April ini untuk membantu siasatan.

Ibu saudara mangsa juga telah ditahan untuk membantu siasatan.

Mangsa yang merupakan seorang murid prasekolah dikatakan tinggal dengan ibu saudaranya, seorang guru dan bapa saudaranya, seorang staf sekolah sementara ibu kandung kanak-kanak itu, Norliza Mustafa, 45, terpaksa bekerja di Serian, Kuching sejak setahun yang lalu.

Polis memberitahu mereka akan menggunakan kepakaran seseorang untuk memeriksa sama ada kesan gigitan pada tubuh mangsa berpadanan dengan gigi suspek.

Ketua Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, menyifatkan kejadian ini sebagai sesuatu yang menyedihkan dan perbuatan orang tidak siuman.

Polis juga akan menyiasat sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan jenayah tersebut, yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh.


Sumber: Yahoo News dan TV3

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...