Kanak-Kanak 5 Tahun Hampir Buta Tercucuk Pencangkuk Logam Di Pusat Beli Belah

Trending

Kanak-Kanak 5 Tahun Hampir Buta Tercucuk Pencangkuk Logam Di Pusat Beli Belah

Semasa memebeli belah seorang ibu berada dalam masalah apabila anak lelaki beliau yang berusia 5 tahun hampir kehilangan matanya apabila pencangkuk logam menembusi mata secara tidak sengaja semasa dia sedang membeli belah bersama ibu dan kakaknya.

Saad Shahzad pada hari kejadian sedang membeli belah bersama kakak dan ibunya di sebuah pusat membeli-belah di Sydney bulan lalu ketika dia melihat terdapat pakaian di lantai sebelum membongkok secara tiba-tiba untuk mencapainya.

Advertisement

Mukanya telah terkena pada salah satu rak pakaian logam sebelum cangkuk tersebut tercucuk dimatanya. Ibunya yang menyedari insiden itu kemudian menjerit ketakutan sebelum menarik cangkuk tersebut dari mata anak itu.

Apabila cangkuk tersebut berjaya dikeluarkan dari matanya, banyak darah mula keluar sebelum dia pengsan kerana terkejut.

Kanak-kanak itu dikatakan buta sementara kemudiannya dikejarkan ke hospital terdekat sebelum dia menjalani pembedahan kecemasan untuk memulihkan semula saluran matanya yang koyak.

Dia sekarang pulih dengan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang kekal.

Ayahnya, Adnan yang bekerja pada masa kejadian berkata Saad bernasib baik kerana tidak kehilangan matanya disebabkan oleh kejadian tersebut.

Mengimbas kembali kejadian yang mengerikan itu, dia dikatakan berada dekat dengan pencangkuk itu sebelum membongkokkan badannya untuk mengambil baju yang berada di lantai.

Kemudian matanya tersangkut pada pencangkuk logam itu sebelum ibunya panik dan menariknya. Darah mula mengalir keluar dari matanya dan isteri saya mula menjerit ketakutan.

Nasib baik seorang wanita membantu isteri saya dengan menghantar ke Pusat Perubatan berdekatan dengan segera sebelum dia dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak untuk menjalani pembedahan kecemasan bagi memulihkan penglihatannya semula.

Saya sangat berterima kasih kepada doktor-doktor yang mempunyai kepakaran  luar biasa membantu anak saya. Penjagaan perubatan yang dia terima sangat bagus dan dia telah sedang dalam pemulihan yang memberangsakan.

‘Doktor itu berkata,  Saad pada ulang tahun kelimanya minggu lalu hadir ke hospital mendaftar masuk dan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.’

Encik Shahzad berkata isterinya, 35 tahun, masih terkejut dan tidak dapat memasuki pusat membeli-belah sejak itu.

Kini keluarga mereka berkempen untuk reka bentuk cangkuk ‘berbahaya’ ini agar ia diubah.

Saya mahu perkara-perkara ini diambil serius, jika cangkuk ini berbahaya mengapa kita tidak melakukan sesuatu mengenainya.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...