Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Pegang Telefon Sedang Cas Lepas Mandi

Teknologi

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Pegang Telefon Sedang Cas Lepas Mandi

Zaman sekarang kanak-kanak dan juga gajet memang tidak dapat dipisahkan. Jika tiada gajet mereka akan meraung hingga dapat, jadi ibu bapa akan beri bagi mendiamkan situasi tersebut.

Anda nak tahu satu kisah, lagi beberapa hari sahaja lagi kita semua bakal menyambut Aidilfitri, sepasang suami isteri telah kehilangan anak tercinta akibat telefon.

Advertisement

Ditulis oleh ibu saudaranya dalam akaun Facebook miliknya iaitu @Cikna Nana menceritakan bagaimana anak sepupunya menemui ajal kerana telefon.

Beliau menulis dalam entri Facebooknya memberitahu bahawa dia sangat terkejut dengan berita permergian anak sepupunya pada 2/6  semalam sedangkan lagi 2 atau 3 hari lagi kita semua bakal menyambut hari raya.

Katanya, arwah anak sepupunya sangat gemar bermain telefon.

Pada zaman sekarang boleh dikatakan 90% kanak-kanak pandai bermain telefon. Pada hari kejadian arwah baru lepas dimandikan oleh bapanya. Selepas keluar sahaja dari tandas bapa cakap suruh anak tunggu sekejap nanti papa siapkan.

Si bapa masuk semula ke dalam untuk mengambil tuala, selang beberapa minit terdengar bunyi ada benda jatuh lalu si bapa buka pintu lihat si anak sudah terkaku dengan badan kebiruan. Apalagi si bapa terus mencapai kain dan tarik si anak.

Tetapi apakan daya tuhan dah mengatur semua ini. Takdir si anak meninggal apabila tubuh badan basah terus pegang telefon yang sedang dicas dan meninggal terkena kejutan elekterik telefon.

Semoga semua ibu bapa lebih peka akan keadaan seperti ini. Diharapkan tragedi semalam tidak akan berulang lagi kepada mana-mana kanak-kanak. Tenanglah kau di sana wahai adik!

 

Sumber: Facebook 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...