Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Terperangkap Dalam Kereta, Ditemui Dalam Keadaan Kebiruan

Trending

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Terperangkap Dalam Kereta, Ditemui Dalam Keadaan Kebiruan

Screen Shot 2016-03-24 at 11.52.16 PM

Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun maut akibat lemas apabila terperangkap hampir sejam di dalam sebuah kereta di Kampung Kelibang di sini dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang tadi.
Mangsa, Muhammad Asyraaf Abdullah ditemui dalam keadaan kebiruan oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu.

Advertisement

Selain dari penduduk kampung, pelancong asing juga turut memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa namun gagal sebelum dikejarkan ke Hospital Langkawi oleh ambulan.

Bagaimanapun, Muhammad Asyraaf telah disahkan meninggal dunia.

Portal Harian Metro melaporkan, mangsa keluar dari rumah tanpa disedari bapanya sebelum memasuki kereta Nissan Sunny yang sudah lama tidak digunakan kerana rosak.

Bagaimanapun, mangsa gagal keluar semula dari kenderaan tersebut.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian, berkata, kes masih dalam siasatan.

11168006_894501654006612_7544527522773709994_n

Screen Shot 2016-03-24 at 11.52.16 PM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...