Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dibelasah ‘Boyfriend’ Ibu, Hanya Sebab Muntah Atas Sofa Kesayangan – “Tengkorak Pecah”

Kehidupan

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dibelasah ‘Boyfriend’ Ibu, Hanya Sebab Muntah Atas Sofa Kesayangan – “Tengkorak Pecah”

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dihnatar berubat di rumah teman lelaki ibunya di Cheng, Melaka disahkan maut selepas tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala dan badannya.

Advertisement

Difahamkan, ibu mangsa telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah kekasihnya yang bekerja sendiri pada jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner, Christopher Patit berkata, sebaik sahaja mereka tiba di hospital pada 6.50 pagi, kanak-kanak itu durawat di oZon Merah dan diberikan bantuan pernafasan lebih sejam.

Namun doktor mendapati mangsa tidak memberikan sebarang reaksi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi.”

belasah

Mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik untuk tindakan selanjutnya dan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuhnya.

Lelaki berkenaan mengaku ada menendang mangsa secara agresif kerana muntah di atas sofa kesayangannya.”

Dia turut mengaku menekan perut mangsa secara agresif berkali-kali serta menendangnya sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai.

Perbuatan kejamnya itu mengakibatkan tengkorak mangsa pecah dan organ dalam perut pecah.

Polis telah pun menahan ibu mangsa berusia 24 tahun dan teman lelakinya berumur 25 tahun di hospital.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengetahui motif kejadian dan siasatan lanjut.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes.

kanak-kanak OKU dibunuh
2 years ago

Pukul Hingga Maut, Mayat Kanak-Kanak OKU Dibuang Kekasih Ibu Dalam Semak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...