Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Katil Ketika Bermain, 3 Pin Besi Palam Elektrik Tembus Kepala

Trending

Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Katil Ketika Bermain, 3 Pin Besi Palam Elektrik Tembus Kepala

Keseronokkan seorang kanak-kanak dua tahun leka bermain di atas katil dirumahnya mengundang tragedi apabila kanak-kanak tersebut terjatuh, Sabtu lalu.

Advertisement

Apa yang mengerikan, kepala kanak-kanak berkenaan terjatuh ke atas palam elektrik yang menyebabkan kepalanya telah ditembusi besi 3 pin palam elektrik berkenaan.

Mangsa yang dihantar ke hospital telah menjalani pembedahan di mana doktor berjaya mengeluarkan palam itu dari kepalanya selepas selepas tiga jam berada di bilik pembedahan.

Doktor yang melakukan pembedahan berkenaan berkata, tiga pin besi palam turut menembusi bahagian otak Chen Chen dan pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan objek itu.

Keadaan Chen Chen ketika ini dilaporkan kembali stabil dan dijangka keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi. lapor Agensi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...