Kanak-Kanak 10 Tahun Melecur Seluruh Badan Akibat Bilik Dijilat Api

Trending

Kanak-Kanak 10 Tahun Melecur Seluruh Badan Akibat Bilik Dijilat Api

Terdapat kejadian dimana sebuah rumah di Jalan Tan Sri Manickavasagam, Semenyih mengalami kebakaran dan menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki melecur pada seluruh badan.

Menurut laporan Harian Metro, panggilan kecemasan diterima pihak bomba pada jam 10.02 pagi tadi dan seramai tujuh anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan Kajang bergegas ke tempat kejadian.

Advertisement

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis mengatakan yang kebakaran tersebut membabitkan sebuah bilik di rumah teres berkenaan.

Difahamkan ketika kejadian hanya kanak-kanak berkenaan berada di rumah itu.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...