Kanada Enggan Ambil Balik Sisa Plastik Dari Malaysia

Kehidupan

Kanada Enggan Ambil Balik Sisa Plastik Dari Malaysia

Kanada tidak mempunyai perancangan untuk mengambil semula sisa buangan plastiknya yang kini ‘disimpan’ di Malaysia.

Lewat Mei lalu, kerajaan Malaysia menegaskan akan menghantar balik 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara asal, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

Advertisement

Dalam kenyataan yang diemelkan kepada Reuters, jurucakap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada, Gabrielle Lamontagne, berkata:

Kerajaan di Ottawa tidak bercadang mengutip balik sisa buangan di Malaysia.

Channel News Asia melaporkan, kerajaan Malaysia sebelum ini menyatakan untuk memulangkan semula kira-kira 3,000 tan sisa buangan bahan plastik ke 14 negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

Menerusi satu email yang dihantar kepada Reuters, jurucakap Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada, Gabrielle Lamontage berkata, Ottawa setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk mengambil semula sampah sarap berkenaan dari Malaysia.

Jelasnya, Kanada tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran sisa buangan dari negara ini ke Malaysia dan kementerian sudah menghubungi Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...