“Kan Dah Kena..” – Wanita Jadikan ‘Spray Sanitizer’ Penyelamat Daripada Diganggu Lelaki ‘Lalok’

Kehidupan

“Kan Dah Kena..” – Wanita Jadikan ‘Spray Sanitizer’ Penyelamat Daripada Diganggu Lelaki ‘Lalok’

Tular di laman Twitter, ciapan seorang pengguna yang berkongsi pengalaman ibunya yang bertindak menyembur sanitasi ke arah muka seorang pemabuk yang cuba menganggunya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang bekerja.

Menerusi ciapan tersebut, ibunya telah diganggu oleh seorang lelaki mabuk sewaktu mahu pulang ke rumah.

Advertisement

Malah, lelaki tersebut turut meminta untuk memeluk ibunya. Tanpa berfikir panjang, ibunya terus menggunakan apa sahaja yang ada di dalam beg ketika itu.

spray

Kalau ye pun mabuk janganla kacau aku, minta peluk pula kan dah kena spray dengan sanitizer muka kau. Berguna juga spray ni untuk orang yang mabuk kacau aku balik kerja.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut bersetuju membawa semburan sanitasi adalah keperluan bukan sahaja untuk menghalang Covid-19, bahkan untuk menghalang daripada diganggu.

“Sudahla minum alkohol, kena sembur lagi dengan alkohol,” tulis seorang netizen.

“Saya pernah kena kacau lepas habis tengok wayang dan memang saya guna spray sanitizer kecik tu dekat muka lelaki yang kacau saya,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wang hantaran kahwin
2 years ago

"Lelaki Tak Nak Bagi Sebab Pemalas.." - Isu Hantaran Kahwin, Wajib Bagi Tinggi Atas Nama 'Cinta'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...