“Kan Dah Kena Berbuka Dekat Balai…” – Dua Remaja Buat Aksi ‘Wheelie’ Dicekup Pihak Berkuasa

Berita

“Kan Dah Kena Berbuka Dekat Balai…” – Dua Remaja Buat Aksi ‘Wheelie’ Dicekup Pihak Berkuasa

‘Mat rempit’. Satu gelaran yang sudah sinonim dengan mat-mat motor di luar sana. Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila golongan mat rempit berkait dengan masalah di atas jalan raya.

Itulah yang terjadi di Pasir Mas, Kelantan di mana dua remaja berjaya dicekup oleh pihak berkuasa selepas melakukan aksi ‘wheelie‘ di atas motosikal  berdekatan dengan kawasan parit air berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Kala.

Advertisement

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintenden Shuhaimi Jusoh menyatakan bahawa kedua-dua remaja 15 tahun itu ditangkap semasa melakukan aksi tersebut di atas motosikal berjenama Honda EX5 pada pukul 6.50 petang.

Aksi tersebut dilihat semasa pihak berkuasa sedang menjalankan OP samseng jalanan dan difahamkan semasa aksi itu dilakukan, penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar.

Menurut Shuhaimi juga, anggota yang bertugas terus mendekati remaja berkenaan dan menahannya di kawasan tepi parit berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Kala dan terus dibawa ke Cawangan Trafik IPD Pasir Mas untuk tindakan seterusnya.

Kedua-dua remaja juga dikatakan bebas rekod jenayah lampau dan saringan air kencing mendapati mereka juga negatif pengaruh dadah. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2 years ago

Imam Berjubah 'Terciduk', Ditangkap Merempit Lepas Selesai Imamkan Solat Terawih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...