“Kamu Yang Mendamaikan..” – Primadona Erra Fazira Beri ‘Hint’ Hati Sudah Dimiliki?

Hiburan

“Kamu Yang Mendamaikan..” – Primadona Erra Fazira Beri ‘Hint’ Hati Sudah Dimiliki?

Primadona negara, Erra Fazira baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila satu hantaran di Instagram miliknya seolah-olah memberi bayangan bahawa hatinya itu sudah dimiliki ‘seseorang’.

Dalam hantaran itu, Erra menulis ucapan ulang tahun kelahiran buat seseorang yang disifatkan sebagai mendamaikan.

Advertisement

Erra Fazira temui pengganti

Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Malah, pelakon Maria Mariana itu juga meletakkan emoji lelaki dan wanita dengan bunga-bunga cinta seolah-olah menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Terdahulu, Erra pernah bernikah dengan penyanyi Datuk Yusri Abdul Halim namun bercerai pada tahun 2006. Aktres itu kemudian berkahwin kali kedua pada tahun 2007 bersama Engku Emran namun bercerai pada tahun 2014.

Hasil perkongsian hidup, Erra dan Engku dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin dikritik berambut merah
2 days ago

Berambut Merah Bergaya 'Ranggi', Penampilan Fattah Amin Jadi Pertikaian Netizen?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...