Menzahirkan rasa sedih selepas mengetahui akan berita kehilangan sahabatnya, Sandra Dianne yang meninggal dunia pada awal pagi tadi selepas berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, penyanyi Neeta Manisha tampil luah isi hatinya kepada umum di laman Instagram miliknya.
Ujar Neeta, banyak lagi perkara yang mahu dilakukan bersama Sandra yang juga peserta Big Stage 2020, namun ia sudah terlambat.
“San (Sandra), apakah saya buat menulis ini? Kamu sepatutnya berada di perkahwinan saya dan menari, kamu sepatutnya belanja saya bila kamu masuk peringkat akhir Big Stage. Kamu sudah lalui pelbagai perkara yang hebat dalam hidup mu tetapi sekarang kamu berada di tempat yang terbaik.”
Menerusi posting tersebut, Neeta dilihat memuat naik foto hitam putih di hospital yang memberi gambaran bahawa dirinya hadir melawat arwah Sandra.
“Saya rinduukan kamu San, Saya akan rindu kita punya sesi lepak bersama. Saya rindukan keyakinan kamu bila menyanyi di hadapan kawan kamu.”
Terdahulu, Sandra difahamkan terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal. Kejadian itu juga khabarnya berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.