“Kamu Pulak Menyanyi, Harmoni Berterabur..” – Tok Ram Kritik Tak ‘Perform’ di ASGV, Siti Nordiana Minta Maaf Pada Peminat

Hiburan

“Kamu Pulak Menyanyi, Harmoni Berterabur..” – Tok Ram Kritik Tak ‘Perform’ di ASGV, Siti Nordiana Minta Maaf Pada Peminat

Siaran langsung All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang disiarkan pada malam Ahad lepas telah menyaksikan salah seorang peserta iaitu Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana tampil memohon maaf kepada para peminat di akaun Instagram peribadinya gara-gara persembahannya pada malam itu.

Menurut Dato’ Ramli M.S, persembahan Nana tidak mencapai standard malah duetnya Amir Masdi pula yang kelihatan lebih menonjol. Kedua-duanya telah membawa lagu popular Ada Apa Dengan Cinta, nyanyian asal Melly Goeslow.

Advertisement

Saya minta maaf. InsyaAllah saya akan lebih baik di masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Bukan kritikan negatif dari Tok Ram sahaja yang membuat penyanyi wanita ini terkilan, Hetty Koes Endang juga turut menyatakan rasa kecewa apabila nyanyian Nana tidak ‘sampai’.

Menonjol sangat Amir tu, bila turn kamu pulak menyanyi, harmoni berterabur.

Disebabkan komen-komen dari para juri itulah Nana akhirnya menduduki tangga kedua terbawah dengan jumlah markah diberikan sebanyak 49 peratus sahaja.

Namun begitu, peminat tegar penyanyi lagu Memori Berkasih ini masih setia menyokongnya dan percaya Nana akan membuat comeback di persembahan akan datang.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siti
7 months ago

"Tak Boleh Terpalit Kontroversi" - Nama Diburukkan Dalam 'Live' Lima Sekawan, Siti Nordiana Hilang Kontrak & Tajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...