Siaran langsung All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang disiarkan pada malam Ahad lepas telah menyaksikan salah seorang peserta iaitu Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana tampil memohon maaf kepada para peminat di akaun Instagram peribadinya gara-gara persembahannya pada malam itu.
Menurut Dato’ Ramli M.S, persembahan Nana tidak mencapai standard malah duetnya Amir Masdi pula yang kelihatan lebih menonjol. Kedua-duanya telah membawa lagu popular Ada Apa Dengan Cinta, nyanyian asal Melly Goeslow.
Saya minta maaf. InsyaAllah saya akan lebih baik di masa akan datang.
View this post on Instagram
Bukan kritikan negatif dari Tok Ram sahaja yang membuat penyanyi wanita ini terkilan, Hetty Koes Endang juga turut menyatakan rasa kecewa apabila nyanyian Nana tidak ‘sampai’.
Menonjol sangat Amir tu, bila turn kamu pulak menyanyi, harmoni berterabur.
Disebabkan komen-komen dari para juri itulah Nana akhirnya menduduki tangga kedua terbawah dengan jumlah markah diberikan sebanyak 49 peratus sahaja.
Namun begitu, peminat tegar penyanyi lagu Memori Berkasih ini masih setia menyokongnya dan percaya Nana akan membuat comeback di persembahan akan datang.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.