“Kamu Lelaki! Jangan Lembik Sangat” – Makna Lagu Siri Superhero Gaban Didedahkan, Ramai Terhibur Dengan Lirik Sebenar

Kehidupan

“Kamu Lelaki! Jangan Lembik Sangat” – Makna Lagu Siri Superhero Gaban Didedahkan, Ramai Terhibur Dengan Lirik Sebenar

Berbanding lagu tema drama kini yang banyak berkisar tentang patah hati, cinta tidak kesampaian atau kekasih dirampas, lagu-lagu tema era terdahulu seperti OST Gaban jauh lebih membangkitkan semangat.

Baru-baru ini, maksud sebenar lagu tema siri superhero Jepun popular, Gaban, yang pernah menjadi kegilaan kanak-kanak era 80an dan 90an, tular di media sosial.

Advertisement

Walaupun ketika itu ramai tidak faham lirik bahasa Jepun nyanyian Akira Kushida, rentaknya sudah cukup menaikkan semangat. Kini setelah diterjemah, lirik lagu tersebut ternyata sarat mesej ketegasan dan keberanian, khasnya untuk kanak-kanak lelaki.

Antara maksud liriknya:

Kamu lelaki kan, jangan lembik sangat, sematkan dalam hati kamu semangat yang membara.

Aku sudah di sini, selangkah di hadapan kamu, pecut selaju-lajunya ke masa hadapan.

Watak Gaban sendiri digambarkan sebagai polis angkasa yang ditugaskan menyelamatkan bumi daripada kuasa jahat,  jauh berbeza dari kisah cinta sendu drama sekarang.

Mungkin itulah sebabnya generasi dahulu tampak lebih lasak dan bersemangat!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

29 mins ago

Suami Didakwa 'Lembik' Lepas Makan Pizza Wagyu Usahawan Kontroversi, Doktor Suspek Keracunan Makanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...