“Kamu Berdua Telah Menyusahkan Saya!” – Lufya Alana Tak Tahan Difitnah Che Hafiz Dan Julia, Tampil Bela Diri

Hiburan

“Kamu Berdua Telah Menyusahkan Saya!” – Lufya Alana Tak Tahan Difitnah Che Hafiz Dan Julia, Tampil Bela Diri

Pelakon Lufya Omar akhirnya tampil membela diri dan telah membuat laporan polis setelah tidak tahan difitnah dan diganggu oleh bekas suami, Che Hafiz dan teman wanitanya, pelakon Julia Farhana.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan Lufya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Ujar Lufya, dia telah difitnah dan dituduh membuat kecoh dan mengganggu bekas suami di klinik.

Katanya lagi, kedua-duanya telah menyusahkan dari segi masa, tenaga, wang dan tugasnya sebagai ibu tunggal selain menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya di media sosial.

Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan mengganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak.

Jelas Lufya, dia telah dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan telah mengganggu dan memfitnah pelakon wanita iaitu teman lelaki bekas suaminya itu.

Difahamkan, dia hanya ke klinik Che Hafiz kerana anak mereka , Laura terlalu merindukan bapanya.

Saya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya dan menunggu ke luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak terjadi.

Berikutan itu, Lufya telah tampil membela diri dan ke mahkamah bagi mendapatkan pembelaan ke atas dirinya dan anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lufya Omar Julia Farhana
2 minggu lalu

“Tak Payah Cari Buruk Ex” - Lufya Omar Nafi Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Anggap Julia Masih 'Mentah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Roti bun

    November 25, 2022 at 11:24 am

    Entah nya bukan elok mana laki dia tu. Doctor je pun haha

  2. anonymous

    November 24, 2022 at 2:50 pm

    tak move on alkisahnya jealous la tuu

    • Anonymous

      November 25, 2022 at 10:50 am

      seronok ke fitnah org tak move on?
      dia sndr pun buat report sbb dia berani bila mana xde bukti dia menimbulkan kekecohan
      x hadap laa org dgn ex husband dia tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...