Baru-baru ini tular beberapa klip video di aplikasi X yang memaparkan sebuah ‘live’ yang dipercayai telah dilakukan oleh dua orang lelaki tempatan yang difahamkan telah meredah lokasi kemalangan sesuka hati.
Dalam rakaman tersebut, didapati seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya telah dimarahi oleh seorang individu yang dipercayai merupakan anggota polis.
Kejadian ini berpunca daripada tindakan mereka yang membuat siaran langsung menerusi platform TikTok di lokasi kemalangan malah telah disaksikan oleh lebih 5000 pengguna pada waktu itu.
Anggota berkenaan bertindak menyoal dan menegur kedua-dua lelaki itu kerana tindakan mereka menceroboh kawasan kemalangan.
Kamu ada hak atau etika sebagai pemberita ke? Tak ada kan? Kalau tak ada hak sebagai pemberita, kamu tak layak buat siaran langsung. Kamu jangan nak meraih simpati kepada orang yang sudah meninggal dunia.
Dalam masa yang sama, anggota polis berkenaan turut mengaitkan tindakan mereka dengan trend ‘Mat Rempit’ yang sering melakukan siaran langsung pada waktu malam.
Kelihatan dua lelaki tersebut hanya memberi respons sepatah sahaja dan diam membisu sepanjang ditegur oleh anggota polis itu.
Live makan tuan.🤔 pic.twitter.com/ifMrtN49Dv
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 26, 2024
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.