“Kampung Tu Kena Buruk, Miskin Ke?” – Natasha Hudson Bersuara Selepas Ada Yang Persoal Keputusan Tinggal Di Luar Bandar

Hiburan

“Kampung Tu Kena Buruk, Miskin Ke?” – Natasha Hudson Bersuara Selepas Ada Yang Persoal Keputusan Tinggal Di Luar Bandar

Pelakon Natasha Hudson tampil bersuara dan menegur segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk menetap di kampung.

Akui Natasha, dia sering menerima komen yang mempersoalkan tentang keputusannya untuk tinggal di kawasan kampung di Langkawi, Kedah.

Advertisement

Okay saya tak suka nak mengomel tapi saya rasa ini kelakar. Saja nak share. Gas light comment paling win saya dapat setakat ini di TikTok, ‘you tu dah la cantik, kenapa duduk kampung?

Natasha Hudson

Kata Natasha, dia sangat gembira dan tenang sejak menetap di kampung dan berkata Langkawi adalah satu tempat yang sangat cantik.

Dalam pada itu, dia juga turut tidak mengerti dan mempertikai komen netizen yang mengaitkan kecantikan dengan tempat tinggalnya.

Kampung kena buruk ke? Kampung tu kena miskin ke? Langkawi adalah tempat menakjubkan dan ibu saya pernah tinggal di sini. Saya sangat ‘connected’ dengan kampung dan asal usul Malay/Indo saya.

hantaran Natasha Hudson di Threads

Natasha sebelum ini memaklumkan mahu memulakan kehidupan secara sederhana di kampung selepas bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Jay.

Menerusi  TikTok, Natasha sering berkongsi tentang kehidupan barunya termasuk video haiwan-haiwan yang dibelanya di kampung.

@natashahudsonofficial I’m officially a mum to 13 adopted chickens! Yuhoo. Doakan saya berjaya jadi a good mama to them hahaha. Follow me on this journey with them. #langkawi #langkawiisland #pulaulangkawi #kedah #rebanayam #anakayam #ayam #ibuayam #rebanayam #kampunglife #rumahkampung #vlog #islandliving #anakpulau #rumahku #rumahkampung ♬ original sound – Natasha Hudson

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Natasha hudson
2025-07-01 09:58:36

'On - Off' Hijab Sebelum Ini, Natasha Hudson Kembali Bertudung - "Semoga Diberi Pengakhiran Yang Baik.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...