“Kami Utamakan Bahasa Melayu” – Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Dibaca Dalam ‘Ringgit’ , Ini Penjelasan Rakyat Brunei

Gaya Hidup

“Kami Utamakan Bahasa Melayu” – Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Dibaca Dalam ‘Ringgit’ , Ini Penjelasan Rakyat Brunei

Rakyat Negara Brunei menerima pasangan diraja terbaharu apabila Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hati iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah. Tahniah diucapkan!

Selamat bergelar suami isteri, pasangan diraja itu mengikat janji setia di Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei, dengan penuh istiadat dan adat kemelayuan.

Advertisement

Putera Mateen yang merupakan anak ke-10 dari keluarga diraja yang mulia, Sultan Hassanal Bolkiah memperisterikan YM Dayang Anisha yang juga cucu kepada salah seorang penasihat utama ayahandanya selain memiliki latar belakang pendidikan yang cemerlang serta memiliki syarikat jenama fesyen dan juga melibatkan diri dalam perusahaan sektor pelancongan.

Istiadat majlis pernikahan dan acara rasmi seperti majlis pertunangan dan berbedak bukan sahaja menjadi tumpuan warga Brunei malah rakyat Malaysia.

Kenapa Brunei guna terma ‘Ringgit’

Seperti video sedutan majlis akad nikah pasangan diraja ini, rata-rata netizen meluahkan rasa tertanya-tanya tentang penggunaan terma ‘ringgit’ ketika akad memandangkan negara itu memegang matawang dollar Brunei.

@22_zeronine

Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja. Alhamdulilah, Congratulations To The Royal Couple. #princeabdulmateen #dayanganisharosnahbintiadam #princemateen #pengantindirajabrunei2024 #bruneiroyalwedding #masjidomaralisaifuddein #bruneidarussalam #brunei #rtb #rtbgo #rtbnews

? original sound – 22_ZeroNine – 22_ZeroNine

Berikutan itu, ramai rakyat Brunei tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Mementingkan Bahasa Melayu

Korang boleh search dekat google tentang matawang Brunei depan akan tertulis satu ringgit, belakang pula one dollar. Tetapi kita orang Brunei utamakan dalam Bahasa Melayu sebab English our second language.

Ringgit kan bahasa melayu untuk matawang. Brunei Dollar in english. Ringgit Brunei dalam bahasa Melayu.

Ringgit Brunei mempunyai sama nilai dengan Dollar Singapura

Sekadar info, meskipun rakyat Brunei memanggil wang mereka dengan panggilan ringgit namun nilainya adalah bersamaan dengan matawang Singapura kerana permeteraian Perjanjian Currency Interchangeabilty (CIA) antara 3 negara iaitu Singapura, Brunei dan Malaysia suatu ketika dahulu.

BruneiSumber : Google  

Malaysia juga pernah menyertai CIA ini namun ‘keluar’ perjanjian pada tahun 1967 atas alasan ingin mendapatkan kemerdekaan ekonomi dan faktor politik.

Unik kan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Selain itu, kami pautkan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gypsy Rose Blanchard
12 months ago

Kini Bebas Setelah 7 Tahun Dipenjara Kerana Membunuh Ibu Kandung, Gypsy Rose Blanchard Diangkat Menjadi 'Wira'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...