Kedai ‘dessert’ viral, Suka Dessert dan pemiliknya dikenali sebagai Aunty Ja sekali lagi mendapat perhatian dan menjadi bualan netizen di media sosial.
Menerusi laman sosial X, netizen bercakap tentang menu baru yang pertama kali diperkenalkan oleh Suka Dessert iaitu salad selepas Aunty Ja sendiri berkongsi video dirinya menikmati makanan itu.
Seperti biasa, Aunty Ja sering terpalit kontroversi dan kritikan netizen gara-gara harga yang dikenakan terhadap pencuci mulut dijualnya yang dianggap tidak berpatutan.
Kali ini, sekali lagi Aunty Ja menjadi bualan selepas dia meletakkan harga salad yang bakal dijualnya itu berharga RM12 bagi setiap bekas.
Berdasarkan video yang dikongsikan, Aunty Ja dilihat berkongsi apa yang akan pelanggan terima di dalam bekas salad RM12 tersebut.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat harga RM12 bagi sebekas salad tersebut mahal dan tidak setimpal dengan apa yang pelanggan terima.
Malah, ramai turut membezakan menu salad Aunty Ja dengan restoran lain dan pasar raya seperti Village Grocer yang menjual sebekas salad pada harga yang lebih murah.
Dalam pada itu, ada yang berkata mereka menantikan review daripada pempengaruh yang dikenali dengan konten mencuba makanan iaitu Jason.