Kami Tidak Pernah Bertunang – Uqasha Senrose

Hiburan

Kami Tidak Pernah Bertunang – Uqasha Senrose

Ah sudah. Makin pelik dan makin diselubungi misteri. Abang Nara pun dah pening dengan status hubungan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose. Semalam Pekin kata mereka masih bertunang, tup-tup hari ini si Uqasha tampil memaklumkan yang mereka tak pernah bertunang selama ini. Ajaib kan? Tak tahu mana satu yang betul. Takkanlah dah bertunang ke belum tak tahu kan?

pekin dah uqasha.

Advertisement

Menurut Uqasha, dia dan Pekin selama ini tidak pernah bertunang dan sudah bosan dengan sikap Pekin yang menjaja kisah cinta mereka. Kata Uqasha Senrose menerusi Harian Metro:-

Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media. Sebenarnya memang kami dah tak ada apa-apa.

Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi.

Biar saya bawa haluan hidup baru dan fokus pada kerjaya. Kami tak pernah betunang pun sebenarnya. Majlis dulu itu adalah merisik. Kami cakap bertunang untuk tidak panjang-panjangkan cerita.

Tapi sejak macam-macam masalah timbul saya tak banyak cakap bila ditanya media. Dia saja yang bercakap banyak.

pekin

Fuh~~ Nampak gayanya macam Pekin Ibrahim je yang bersungguh-sungguh nak mempertahankan cinta mereka. Apa kata “move on” je sebab Uqasha pun dah tak sudi. Inilah namanya tak ada jodoh. Abang Nara percaya ramai lagi awek dan pakwe di luar sana yang sesuai untuk Pekin dan Uqasha. Tak gitu?

P.S: Wanita Korea Selatan bedah muka untuk kelihatan seperti Miranda Kerr

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...